Blog ini ditaja oleh

Monday, 26 August 2013

"Karen kali ketiga"

Salam..mmm memang dalam seminggu ni rezeki Allah nak bagi dekat saya...kali ni kami bertiga iaitu team Telong Fishing Club (saya, Lan Kepal, Jemie long) telah menduga siakap di pesisiran pantai...apabila sampai di port tersebut, kelihatan kawan Facebook kitaorang dah datang awal cast dekat situ...dah 2 jam dia cast, tp rezeki tidak menyebelahi dia...

dia kata "demo cubo la pulok, kawe letih doh"...sy dan rakan2 tanpa melengahkan masa terus cast disitu...saya pertaruhkan gewang Udang Zerek saiz 127mm berat 15.5g kod warna 12...sambil karau perlahan...(tak sampai 5 minit karauan) tiba2 zup!! dan ccrrriiitt..ccrriiit rell Quantum Exo PT saya berdesing mengeluarkan tali utama...reel tersebut dipadankan dengan joran Rapalero 6'...akhirnyer siakap saiz 1kg lebih berjaya dipamkan ke tepi...

yes yes..syukur Alhamdulillah...yg kelakarnyer kawan facebook yg dah putus asa tadi cast semula..x jadi nak pulang...tapi ari tu memang menyakitkan hati sikit kerana ade manusia dekat situ yg bersikap kurang ajar..ade ke patut! kita ni tengah cast, yg mereka pulak boleh menarik pukat betul2 depan kitaorang cast..hehe memang geram tahap gabang...rase nak cast jer atas kepala diaorang...

ari tu cuma sekor tu jer siakap putih yg lain hanya anak2 kerapu dan siakap merah remaja sempat kitaorang daratkan...

ni antara gambar hasil tangkapan hari tu...









2 comments: