Blog ini ditaja oleh

Wednesday, 19 December 2012

Sebarau hai sebarau!!

Alahai musim tengkujuh..keluh hati orang lain tetapi bukan hati saya..musim "kujuh" la adalah musim yang ditunggu2 utk mengilat sang sebarau..sejenis ikan sungai yang dikategorikan sebagai ikan pemangsa yang kedua diidamkan oleh geng2 "casting"selepas "kelah"...aku sudah teruja bila melihat member ku sudah dapat mengarau sang sebarau ni..eee tiba2 jer gatal tangan ni..nak gi "casting"...nak gi "casting"...

Sebarau...

sumber gambar: http://sebarau.org/Losing_Sebarau.html by Christopher S.G. Tan

Wednesday, 12 December 2012

Tools untuk pemancing

Salam..."jika kail panjang sejengkal jangan pula nak menduga lautan dalam" hehe sedap saya bermadah..disini saya lampirkan gambar alatan yg perlu ada untuk pergi mancing..

haa ni beg untuk simpan gewang2 killer..

alat ni penting wooo...skang ni berat sang ikan sgt penting.untuk dimasukkan dlm rekod peribadi..hehe

wooiuh..ni lg penting..kita kena sentiasa berjaga-jaga ketika mancing..manala tahu kot2 ade bahaya..benda ni la yang berguna

kaki2 casting mesti kena ade benda ni..kalu bleh cari yang polarize..

ni gunanya bila mancing di atas bot..

Sumber gambar: http://www.rapalaworld.com/

Monday, 3 December 2012

Casting sebarau


TEKNIK 'CASTING' SEBARAU








Sumber: REAL BUNTAL dari http://castingvsbottom.blogspot.com dan sedikit tambahan gambar dari saya...

Tabiat/perangai sebarau kebanyakannya sama di semua lokasi/tempat...apa yg kita perlu ialah spot/lubuk yg selalu didiami oleh spesis pemangsa ni.umpan memainkan peranan penting selain teknik dan cara persembahan...

spot/lubuk:-

sebarau sungai/jeram = suak atau anak sungai yg air nye sejuk..masa utk mencari spesis ini dia kawasan ini ada waktu awal pagi (6-9am).kedalaman air 3-10kaki(anggaran)
umpan = spoon berkilat(silver coated atau gold coated)15g kebawah adalah efektif.contoh altima atau seangkatan abu island.gewang selaman 2-4kaki (berbibir pendek)sbg contoh x-rap,shallow shad rap atau minnow rap.
cara persembahan = cast dan drop 2-3saat kemudian karau sambil jerk(angkat joran keatas)dan drop balik...ulang laa smp jemu/ikan hook up.sesekali cuba juga karau laju yg munasabah...jgn laju sangat smp ikan nak kejar spoon pon tak boleh plak.heheheh

sebarau tasik :- kawasan yg selalu didiami spesis ini ada rekahan dinding berbatu,suak,drop off(kawasan tebing berbukit),kawasan tunggul kayu,kawasan pokok tumbang dan kawasan terbuka(ada punca makanan contoh = anak toman)
umpan = spoon gold coated atau silver coated (bekilat)10-18g.gewang yg berwarna terang contoh oren,merah,hijau florecent dan lain2 yg terang..bersaiz 7-12cm yg pelbagai jenis selaman.dr yg 2-4kaki - ke 7kaki.selalunye sebarau lebih tertarik dgn warna merah dan oren atau warna seangkatan dengannye.(terang)
cara persembahan = cast (tunggu sekejap sehingga kocakan lure hilang di permukaan air) kemudian
mulakan karauan dgn perlahan smbil twitch dgn tip road kebawah dengan menggunakan gewang yg berkedalaman 2-4kaki.sekiranya tiada sambutan selepas 5-10x cast jgn buang masa terus tukar gewang yg berbibir panjang kebawah yg anggaran 4-7kaki>.karauan tidak perlu laju.cuba amalkan karauan yg paling lama utk gewang smp ke tip rod.(bkn paling cepat smp ke tip rod).sekiranya terjumpa kawanan anak2 toman yg masih berwarna merah jgn cuba cast di dlm kumpulan itusekiranya tuan2 mahu mencari sebarau.jika tuan2 terus cast di dlm kawanan anak toman tu 80% ibu/bapak toman akan menerkam gewang tuan2.cuba cast di luar kawanan anak2 toman itu anggaran 10-15kaki radius.insyaallah kemgkinan ada badung/sebarau yg mengintai.di kawasan rekahan batu/tunggul/kayu tumbang jgn sesekali tuan2 pandang sebelah mata sbb kawasan inilah yg selalunya tidak menghampakan kerana sebarau ada bersifat kewilayahan/rumah.gunakan spoon atau gewang selaman dlm 3-7kaki.cuba cast mengunjur ke tebing dan lurus kearah tebing dgn cara drop 2-3saat dan jerk smbil kerau perlahan.ulang laa 5-10x.kalau tak de sebarang ragutan..jgn tunggu lama..blah aje.
vertikal cast/jigging blade = skrg ni gewang jenis blade banyak diperkatan keberkesanannya.tak perlu cast cuma hanya dropkan blade berhampiran dgn tiang tunggul dgn kedalaman yg munasabah(agak2 je)kalau tak dlam sngt boleh terus kan ke dasar.cuba jerk perlahan tanpa karauan dan cuba ulang disetiap peringkat kedalaman sehingga blade smp ke hujung tip rod.
boilling = sekiranya tuan2 terjumpa kawanan sebarau timbul dipermukaan air dlm kumpulan yg banyak seperti air mengelegak cuba cast pakai gewang yg cepat tenggelam (fast sinnking) seperti spoon didalam kawasan boilling.insyaallah 80% umpan tuan2 akan disambar.kalau btg penyapu dilontar pun kemungkinan besar akan di bedal.

contoh gewang dan spoon:-

                                                              RAPALA TAIL DANCER            
 Shallow Shad Rap
Shad Rap "goldfish"


Shad Rap "fire tiger"

Shad Rap "crawdad"
ABU Island


Mungkin terdapat banyak lagi kaedah dan jenis umpan yang berkesan untuk menjerat 'serigala sungai' ini dan apa yang dipaparkan disini hanyalah sebahagian kecil sahaja. Diharap supaya artikel ini sedikit sebanyak akan dapat membantu kita semua untuk memancing spesis ini dengan secara lebih efektif lagi..

Sumber: http://castingvsbottom.blogspot.com

Saturday, 1 December 2012

Reels idaman ku

Salam...ni antara reels yang menjadi idaman kalbu..
Daiwa Steez baitcasting

Ryobi Safari Metaroyal 5000A


Daiwa Saltiga 5000H



Shimano 2012 ALDEBARAN BFS XG RH Baitcasting Reel 




sumber: Daiwa, Ryobi dan e-bay


Beradu tenaga dengan "Serigala Merah"

Salam...kali ni sy nak cerita pulok si "siakap merah" atau lebih dikenali dengan gelaran "serigala merah"..baru-baru ni sy ader pegi "casting" dengan Mat Duan dan Jami...kitaorang macam biasa casting dekat Sungai Nipah area Bachok..lenguh jugaklah kaki menyusuri sungai tersebut sambil casting..tapi semuanya hampa belaka...

nak dijadikan cerita...tiba di satu "pot" ni..kitaorg berpecah lebih kurang 10meter jaraknya...tempat saya casting boleh nampak si Jami..tiba-tiba Jami mendapat satu "strike" yang agak kasar..kelam kabut dia..saya dah mula cemburu dekat dia..sambil berkata dan tangan mengayuh set 'baitcaster' jenis Ryobi Aquila dipadankan dengan set joran Rapala 6" (Rapalero), "wei lepas ni kawe la pulok dapat strike cam demo"..

lepas tu tidak semena-mena..Rapalero saya melentur habis dan saya terkejut, terus menyentap dengan kuat..agak kasar juga tarikan sang ikan yang belum menunjukkan rupanya..apabila saya henjut sampai ke tepi..baru saya tahu kelibat ikan tersebut..yes!! berkata dalam hati saya..kakap merah hampir 800g telah menunjukkan rupanya...tapi betul la apa org kata..kakap merah sejenis ikan yang kuat melawan...bila sampai ke tepi dan sy cuba untuk mengambilnya, zzuuup!! dia cuba untuk menyelinap semula ke dalam reba..dua tiga kali dia cuba buat camtu..akhirnya saya terpaksa memanggil Mat Duan utk membantu..hehe puas rasanya melayan kerenah sang serigala merah ini..

kepuasan tidak terhingga apabila dapat menaikkan ikan ini..



hui..masak kari nie memang sedap mmm..

Jami sempat juga bergaya dengan si "serigala merah ni"