Blog ini ditaja oleh

Sunday, 20 May 2012

Trip Candat Sotong tak menjadi!!

Assalamualaikum semua...ooh rasenye sudah lama saya tidak mengarang..bukannye apa, saya kebelakangan ni terlampau sibuk sangat dengan kerja2 "Master Sc."..ok kali ni saya akan bercerita tentang pengalaman mencandat sotong di pengairan Kelantan..biasanye apabila tiba musim candat, kaki pancing mesti tidak akan lepaskan peluang ini..musim candat sotong bermula pada bulan april sehingga bulan ogos setiap tahun, itu yang dikhabarkan kepada saya..cuma tahun ni saya dengar sudah ada yang berpesta sotong pada bulan mac lagi..

Seperti biasa saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk mencandat..melalui satu perbincangan dengan rakan2, kami bercadang ingin mencandat pada bulan mei..hati saya rasa tak sabar2 untuk pergi menjinakkan "sang lembik" ni...

6hb mei 2012

Kami tiba di jeti Kuala Besar, semua kelengkapan memancing telah dibawa dan kami bertolak ke tempat untuk mencandat pada pukul 5pm..perasaan kitaorang semua membuak-buak..cuma sedikit rasa gelisah kerana hujan lebat mulai turun di darat setelah 15min bertolak..sangkaan saya hujan lebat mungkin berlaku di darat sahaja, tetapi nyata meleset apabila ribut serta hujan yang sangat lebat mencurah-curah mengenai bot kami..tekong terpaksa memberhentikan bot dan membiarkan ribut itu reda..saya ketika itu sangat berdebar kerana ini lah kali pertama saya mengharungi tragedi ribut dan hujan lebat di tengah-tengah lautan.



Alhamdulilah..ribut reda setelah 30min. melanda boat kami..nasib baik tiada perkara yang tidak diingini berlaku..apabila tiba di kawasan "kandang sotong", kami semua tidak membuang masa dan terus mencandat sampai ke tengah malam..cuma nasib kami tidak berapa baguih kali ni..sotong yang diidamkan tidak banyak diperolehi..mungkin arus terlampau deras menyebabkan sotong susah nak menyambar umpan kami..arus deras memaksa saya dan rakan2 menggunakan tambahan batu ladung 1-2 biji bersaiz 8.

antara candat yang digunakan..candat bilis berwarna hijau tu memang  kiler pada malam tu..
Hero kami pada malam tu ialah Lan Kepal dan rakannya Jiwang..mereka berdua banyak menaikkan sotong dengan berbekalkan candat bilis dan candat umpan..candat bilis berwarna hijau yang digunakan oleh Lan Kepal memang laku pd malam tu..

7hb mei 2012

Pagi tu tekong memutuskan untuk pergi awal ke lubuk memancing ikan kerana ramai yang seakan berputus asa untuk mencandat..dalam hati saya kot2 lepas ni dapat menaikkan ikan besar tapi keputusan memancing juga seakan sama dengan mencandat..tak banyak ikan besar dinaikkan..cuma dua ekor je..tu pun saiz 1kg..huhuhu..sedih betul kali ni..saya rasa faktor cuaca memainkan peranan penting dalam sesebuah trip..tapi saya berserah pada yang maha kuasa..kerana rezeki tu terletak padanya..akhir sekali kami terpaksa berhanyut untuk memancing "kerisi" itupun sebab dah boring menunggu ikan besar untuk menjamah umpan..

Akhir sekali saya boleh simpulkan trip kali ni adalah trip tak menjadi atau lebih dikenali sebagai  trip "kumpau"

Gaya mesti lebih hehehe..

Saya dan Mat Shah sibuk bincang strategi macamana nak menaikkan sotong kihkih.. 
Posing maut dari Jerie..

Tu yang pakai baju putih namanye Jiwang..hehe kelakarnye nama..

Ni lah hero candat sotong (Lan Kepal)..baguih..

Ai..tak mancing lagi dah panas ker? (Jami)

Semua terbongkang..kahakahkah..

Jami dengan Gerut2 1kg..