Blog ini ditaja oleh

Tuesday 28 February 2012

Haruan lagi

Akhirnya aku dah boleh berbangga kerana telah menaikkan haruan mega...kali ni gambar2 ni dirakamkan di tempat biasa iaitu Kg. Kuau...lokasi ni berdekatan dengan jambatan runtuh..

Rekod terbesar aku...1.23kg
Syukur..masih banyak haruan saiz mega macam ni..
780gram jer...hehe

"Penunggu Tok Kederat"

"Gi..minggu ni kita gi pat lain pulok lah.." kata Lan Kepal pada member2 TFC. "kawe ok jar..asal tempat keramat bereh lalu.." sapa Mat Duan." wei Lei kita gi pat ari tuh lah..hok kawe napok kakap besar peha tu..gapo doh nama pat tuh?" saya menyampuk. "ho..Tok Kederat..ok jugok tuh" balas Lan Kepal..jadi bermula disitu la kami geng TFC bercadang pergi memancing di Sg. Tok Kederat, Bachok, Kelantan pada hari khamis bersamaan 23hb februari 2012..saya cukup teruja dan tak sabar nak pergi memancing disitu kerana minggu lepas dah ternampak kelibat penunggu (siakap gadang) berkeliaran di situ..

Sehari sebelum trip.."kawe tok leh pun takpo asalkan Mat Hafiz ni buleh" kata Lan Kepal pada rakan2. "mmm yo lo jugok tuh, gi la cepat repair kail hafiz tuh Duan" sapa saya pada Mat Duan..pada petang tuh Mat Duan pun bertungkus lumus lah menyiapkan mesin spinning Mat Hafiz yang rosak akibat dek gatal tangan Lan Kepal mengunci drag E-power siri 2000 dengan kuat sehingga menyebabkan  sistem dragnyer loose..hehe kuat betul tangan Lan Kepal tuh.

Hari yang ditunggu2..."wei cepat lah siap..3.30pm doh ni.." Mat Duan berseloroh..hari tu hari khamis, dan sememangnya semua staf pada hari tersebut akan balik awal (3.30pm)..kami berempat (saya, Lan Kepal, Mat Duan dan Hafiz) bersiap-siap nak ke Sg. Tok Kederat.."wei berhenti umoh kawe lu..kito minum air kejap" sapuk Hafiz..kami pun bersetuju untuk singgah di rumah Hafiz..setelah menjamu buah2an dan air oren yang disediakan oleh isteri Hafiz, kami pun bergegas ke tempat yang dituju..dalam hati saya, kalau la jumpa balik siakap besar tu kan best...

Sebelum kami ke Sg. Tok Kederat, kami cuba2 dulu casting dekat Kg. Kandis..dekat situ ada sebuah kolam yang sudah lama tidak bertuan..puas juga la kami mengilat disitu, tapi sedikit pun sang ikan tidak menyentuh umpan kami..akhirnya kami terus mengubah haluan ke Sg. Tok Kederat..

Sampai je disitu, "woi air tengah pasang la wei..huh comel nih.." sapa saya pada member. Hari tu kami ditemani oleh 2 orang budak kampung dekat situ yang turut sekali memancing ditempat yang sama. Setelah hampir sejam kami mengilat disitu, hanya 2 ekor dinaikkan oleh Lan Kepal dan hafiz itu pun saiz juvenil dan terpaksa dilepaskan...kami tidak berputus asa dan terus mencuba dan tiba-tiba joran sorang budak ni disambar siakap (340gram), tersenyum lebar dia..apa tidaknya, dia hanya berbekalkan gewang bakau jer..pun boleh naikkan siakap..sedang kami guna gewang yang mahal dan berjenama pun masih tercari-cari penghuni sungai ni..

Mat Duan sungguh tidak berpuas hati.. dia terus membaling gewang ke satu reba berdekatan dengan ikan yang didaratkan oleh budak tadi..2-3 karaun saje..tiba-tiba joran dia membengkok..akhirnya tertewas juga siakap 710gram...bukan main senyum lagi dia..saya dan yang lain2 sunguh geram melihat keadaan tersebut dan terus membaling gewang ke arah reba yang sama..mula2 saya pakai SP Berkley putih, tak sampai seminit saya lihat kelibat siakap mengekori umpan saya sehingga ke tebing.."huh..ikan ada lagi nih" keluh hati saya..setelah lama SP putih tu tidak disentuh saya tukar pula ke SP Berkley warna putih susu..kali ni ada getuan kasar tapi ikan masih malu2 nak menelan umpan tersebut..setelah 5 minit guna SP tu, saya tukar sekali lagi ke SP Berkley warna hitam berbintik saiz 4"..kali ni, dua kali lontaran sajer..tiba-tiba terasa sambaran kasar..dan terus joran saya melentur..air sungai terus berkocak kuat dan nampak kelibat siakap putih..yang selama ni saya idamkan..akhirnya ikan tersebut selamat didaratkan setelah 5 minit bertarung..semua orang bersorak dan mengucapkan tahniah pada saya...saya cukup berpuashati pada hari tu..inilah kali pertama saya mendaratkan ikan siakap putih bersaiz 1.4kg dengan menggunakan teknik casting..hari tu merupakan hari yang "ong" bagi kami..6 ekor siakap putih selamat didaratkan.

Tersenyum lebar saya dengan siakap terbesar bersaiz 1.4kg dinaikkan dengan teknik casting..

Siakap seberat 1.4kg berjaya didaratkan dengan menggunakan SP Berkley warna hitam berbintik saiz 4"

Terpancar kepuasan setelah mendaratkannya..

Posing paling mengoda oleh Mat Duan

Akhirnya Hafiz dapat juga lesen siakap

Oooiii masak stim sedap ni..

SP Berkley warna hijau pucuk menjadi taruhan Lan Kepal

Hafiz bergaya sakan dengan siakap putih terbesar hari tu

Antara siakap yang boleh dibawa balik... hehehe...

Disini la "penunggu" tu bersarang

Saturday 18 February 2012

lagi gambar2 siakap

Siakap merah di Kg. Sg. Tok Kederat

 Mat Duan dgn kakap merahnye..
Hero Team TFC berjaya menaikkan Siakap putih bersaiz mega (1.7kg) 

Siakap "maghrib"

Dinaikkan di Kuala Rekang

Siakap putih 1kg di Kg. Canggong

Saturday 11 February 2012

Siakap

Salam..apa khabar semua..tiga rasa, masak stim, kukus, masam manis adalah sangat sinonim dengan ikan siakap..wooo siapa tak menjilat jari jika meratah siakap, lagi2 dimasak stim...pergh kecur air liur saya ni...apa pun tajuk kali ni berkenaan dengan sang siakap...baru2 ni saya ada mengikut Lan Kepal utk menduga siakap di sebuah sungai di kawasan Bachok, Kelantan..pada petang tu kami banyak sungguh menerima sambaran atau getuan tapi hanya satu jer yang tersangkut pada mata kail..siakap ni amat gemar membaham SP worm Berkley warna putih..ni saya kongsi sedikit gambar dengan kawan2 semua..ada jugakla gambar siakap dipancing kat tempat lain..

Mat Duan dengan siakap 1.8kg

Mat Duan malam2 pun dia mancing siakap

siakap juvenil..kami lepas semula

ikan siakap pertamaku dengan menggunakan teknik casting

ikan bulan pun banyak gak kat sini